Minggu, 30 September 2012

Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Ini adalah artikel tentang sejarah kelahiran nabi besar Muhammad SAW sebagai nabi terakhir yang di utus oleh Allah SWT untuk meluruskan kitab-kitab terdahulunya yaitu zabur, taurat, injil dan kitab yang akan dibawa oleh sang rasul yaitu al-qur'an.
selamat membaca ....


Awal mula Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi: محمد بن عبد الله; disebut [mʊħɑmmæd]) (570 M-8 Jun 632 M) merupakan nabi dan rasul yang terakhir bagi umat Islam. Dan lebih dikenal sebagai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab/Jawi: نبي محمد صلى الله عليه وسلم), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.

Dilahirkan di Makkah, Semenanjung Arab, baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta pernikahan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah menikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda menerima wahyu yang pertama dari Allah SWT melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah sahaja.

Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri dari berbagai golongan. Tetapi ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah dan bangsa kafir malahan mereka dilayani dengan buruk dan zalim. Oleh karena itu, Muhammad telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta menakluknya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah. Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu meninggal dunia. Ketika beliau wafat, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar